Sunday, 20 March 2016

Tapak Projek


Hi.. Salam sejahtera semua.

Sebelum kami memulakan projek tanaman, kami telah membuat beberapa perancangan bagi menjayakan projek ini dengan sempurna. Alhamdulillah... syukur kami kepada Allah dengan izinnya dapatlah kami mencari tapak untuk tanaman kami yang pertama. 

Kami memulakan dengan membersihkan kawasan tapak tanaman.Gambar di bawah ini adalah fasa pertama kami untuk memulakan projek tanaman secara fertigasi.










Sebelum kami memulakan aktiviti penanaman, langkah seterusnya yang diambil ialah dengan mengikuti kursus-kursus asas penanaman secara fertigasi. Ini kerana kami tiada pengalaman dalam bidang penanaman secara fertigasi. Dengan mengikuti kursus ini kami dapat serba sedikit maklumat dan juga khidmat nasihat dari orang-orang yang lebih berpengalaman. Kursus yang akan kami sertai adalah anjuran GM Peladang SDN BHD yang akan diadakan pada 26 dan 27 Mac 2016 ini. 

No comments:

Post a Comment