Monday, 26 September 2016

Anak Pokok

Ini adalah anak pokok yang berjaya di semai dan akan dipindahkan ke polibag. Sebanyak 64 pokok akan di tanam dahulu untuk proses percubaan.




Thursday, 1 September 2016

Rumah Pelindung Hujan

Hari yang berikutnya.. alhamdulillah proses pemasangan Rumah Lindungan Hujan (RPH) sedang dibangunkan oleh En. Raman dan saya.






Thursday, 18 August 2016

Pengurusan Benih & Semaian

Alhamdulilllah...

Hari ini hari yang ke-10 kami menyemai dan segala ilmu yang telah diajar dipraktikkan hasilnya!



Beberapa perkara yang perlu kami ttik beratkan sebelum menyemai antaranya :
  • Benih yang disemai perlu diberi penjagaan kawalan penyakit.
  • Selepas mengeluarkan tunas, anak perlu diletakkan di bawah teduhan ( cahaya matahari 30% )
  • Peatmoss mestilah sentiasa dalam keadaan basah.
  • Siram halus 1-2 kali sehari
  • Pada hari ke-14 peatmoss tidak dapat memberi nutrien kepada anak benih dan perlu di beri nutrien baja sehingga cukup anak benih cukup matang untuk dipindahkan ke polibag..







Friday, 1 July 2016

Pemasangan Sistem Tangki & Tanaman

Alhamdulillah...
Kami memulakan projek pertama kami dengan mendirikan rumah semaian, memasang silvershine serta memasang sistem pengairan tangki dan ladang. Keluasan tapak projek kami mencukupi anggaran sebanyak 700 - 1000 pokok cili.






Sunday, 1 May 2016

Perancangan Projek

Setelah selesai mengikuti kursus kami telah membuat beberapa perancangan sebelum memulakan projek :


  • Membuat susun atur tapak dan kerja.
  • Perancangan kewangan untuk kos permulaan dan operasi.
  • Perancangan perolehahn alatan
  • dan lain-lain.
      Setelah membuat perbandingan harga setiap peralatan yang disenaraikan kami telah mendapat ke semua barang yang diperlukan melalui rakan-rakan.


Friday, 1 April 2016

Projek Ditangguhkan

Pada bulan april 2016 projek terpaksa ditangguhkan atas sebab tertentu. Bagi rakan-rakan perjuangan kami tak akan berputus asa sejak melangkah masuk ke dunia pertanian ini walau pelbagai dugaan yang datang akan cuba kami atasi kerana ramai rakan-rakan yang berjaya memberi semangat kepada kami. Terima kasih..

Sunday, 20 March 2016

Mengikuti Kursus

Hi semua.... Salam Sejahtera,

Alhamdulillah selesai sudah kami telah menghadiri kursus fertigasi selama 2 hari yang di adakan oleh GM Peladang Sdn Bhd dan telah mendapatkan sijil kelayakan yang membuktikan kami telah diberi ilmu dan pengalaman yang bermanfaat untuk kami. Terima kasih GM Peladang...




Gambar 1: Sijil kelayakan yang diiktiraf oleh jabatan pertanian.



Gambar 2: Kursus yang telah dijalankan oleh GM Peladang.

Tapak Projek


Hi.. Salam sejahtera semua.

Sebelum kami memulakan projek tanaman, kami telah membuat beberapa perancangan bagi menjayakan projek ini dengan sempurna. Alhamdulillah... syukur kami kepada Allah dengan izinnya dapatlah kami mencari tapak untuk tanaman kami yang pertama. 

Kami memulakan dengan membersihkan kawasan tapak tanaman.Gambar di bawah ini adalah fasa pertama kami untuk memulakan projek tanaman secara fertigasi.










Sebelum kami memulakan aktiviti penanaman, langkah seterusnya yang diambil ialah dengan mengikuti kursus-kursus asas penanaman secara fertigasi. Ini kerana kami tiada pengalaman dalam bidang penanaman secara fertigasi. Dengan mengikuti kursus ini kami dapat serba sedikit maklumat dan juga khidmat nasihat dari orang-orang yang lebih berpengalaman. Kursus yang akan kami sertai adalah anjuran GM Peladang SDN BHD yang akan diadakan pada 26 dan 27 Mac 2016 ini. 

Pengenalan

Selamat datang ke Blog Kami...

Blog ini akan dimuatkan dengan maklumat-maklumat mengenai pertanian secara fertigasi yang diusahakan oleh kami sendiri dan juga senarai pengusaha-pengusaha tanaman fertigasi.

Pengenalan Fertigasi

Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakankeuntungan kepada usahawan. Kaedah ini lebih mudah,selesa dan tidak memenatkan. Menggunakan media tanaman saperti sekam padi,cocopeat atau camporan kedua nya. Nutrient atau baja cecair di alirkan ke pokok melalui saluran pengairan yang diukur dengan sukatan masa tertentu mengikut pembesaran pokok.

Kelebihan Sistem Fertigasi
    # Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok    # Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
    # Mengatasi masalah bawaan tanah
    # Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik
    # Penggunaan baja yang cekap dan jimat
    # Mengurangkan penggunaan racun
    # Modal pusingan yang rendah
    # Meningkatkan hasil pengeluaran
    # Masalah merumpai sangat rendah      

Kelemehan Sistem Fertigasi 
     # Modal yang tinggi bagi memulakan projek

    # Memerlukan kemahiran

    # Keroskan sistem membawa kerugian





Model  Asas Fertigasi