Quality GreenAgro
Pertanian Yang Berkualiti
Monday, 26 September 2016
Anak Pokok
Ini adalah anak pokok yang berjaya di semai dan akan dipindahkan ke polibag. Sebanyak 64 pokok akan di tanam dahulu untuk proses percubaan.
Thursday, 1 September 2016
Rumah Pelindung Hujan
Hari yang berikutnya.. alhamdulillah proses pemasangan Rumah Lindungan Hujan (RPH) sedang dibangunkan oleh En. Raman dan saya.
Thursday, 18 August 2016
Pengurusan Benih & Semaian
Alhamdulilllah...
Hari ini hari yang ke-10 kami menyemai dan segala ilmu yang telah diajar dipraktikkan hasilnya!
Hari ini hari yang ke-10 kami menyemai dan segala ilmu yang telah diajar dipraktikkan hasilnya!
Beberapa perkara yang perlu kami ttik beratkan sebelum menyemai antaranya :
- Benih yang disemai perlu diberi penjagaan kawalan penyakit.
- Selepas mengeluarkan tunas, anak perlu diletakkan di bawah teduhan ( cahaya matahari 30% )
- Peatmoss mestilah sentiasa dalam keadaan basah.
- Siram halus 1-2 kali sehari
- Pada hari ke-14 peatmoss tidak dapat memberi nutrien kepada anak benih dan perlu di beri nutrien baja sehingga cukup anak benih cukup matang untuk dipindahkan ke polibag..
Friday, 1 July 2016
Pemasangan Sistem Tangki & Tanaman
Alhamdulillah...
Kami memulakan projek pertama kami dengan mendirikan rumah semaian, memasang silvershine serta memasang sistem pengairan tangki dan ladang. Keluasan tapak projek kami mencukupi anggaran sebanyak 700 - 1000 pokok cili.

Sunday, 1 May 2016
Perancangan Projek
Setelah selesai mengikuti kursus kami telah membuat beberapa perancangan sebelum memulakan projek :
- Membuat susun atur tapak dan kerja.
- Perancangan kewangan untuk kos permulaan dan operasi.
- Perancangan perolehahn alatan
- dan lain-lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)